Kehidupan yang fana
by Unknown
Mengapa aku hidup?
Siapa diri aku ni?
Bagaimana aku hendak meneruskan kehidupan?
Persoalan di atas timbul secara tiba-tiba dan memaksa untuk aku menjawabnya dengan ikhlas. Zaman muda mengingatkan aku tentang wanita, nafsu, dan rakan-rakan. Adakah aku hidup untuk mencari perempuan dan memuaskan nafsu? Susah nak diperjelaskan ketika usia muda mengajak diri menyahut cabaran. Aku akui, aku pernah ketika dahulu sangat tergila-gilakan perempuan sehingga tidak boleh tidur pada waktu malam. Wajah dan badan yang mengiurkan menjadi idaman nafsu diri aku ini. Kecantikan perempuan terus aku perhambakan sedangkan aku lupa bahawa aku boleh memiliki bidadari di syurga yang jauh lebih jelita dengan hanya berbekalkan amalan yang dilakukan. Coretan yang aku tulis semuanya berkisarkan kehidupan diriku yang masih terkial-kial menjawab persoalan yang masih tidak terjawab.
Kadang-kala berseorangan itu lebih baik dari berdua. Berkhalwat dengan Allah dalam usaha mencari siapa diri aku sebenar. Cabaran demi cabaran dilalui memberi aku jawapan menjawab persoalan yang kedua. Segar dalam ingatanku kata-kata Dr. Jeyagobi iaitu pensyarah berbangsa India yang aku sanjung dan hormati kerana ilmu dan nasihat yang berguna untuk pemantapan diri aku sebagai seorang guru. Kami sering berdiskusi mengenai penampilan guru dan wanita. Apa yang kamu cari pada wanita ketika kamu umur 20? Itulah soalan yang membuat mindaku berfikir sejenak. Dengan pantas aku menjawab, mestilah kecantikan dan lenggokan badan seorang perempuan itu. Soalan kedua ialah Apa yang kamu kehehendaki apabila kamu berumur 23? Mindaku bergolak sekali lagi dan jawapan aku ialah kedudukan dan kecantikkan. Dapat dilihat di sini, kecantikan berada pada tangga yang kedua dan kedudukkan wanita tersebut berada pada tempat pertama. Secara tidak sedar, jawapan yang aku utarakan itu menunjukkan aku matang dalam memilih wanita. Beliau juga mengatakan bahawa apabila usia kamu meningkat kamu akan sedar yang dalam memilih wanita, banyak aspek yang perlu dilihat seperti faktor keluarga, kerjaya, dan kehidupan peribadi.
Pada waktu ini, smua negara mementingkan tenaga muda untuk memacu ekonomi dengan lebih pesat. Aku sedar aku berada pada kelompok orang muda yang menjadi harapan bangsa dan negara. Tetapi apa yang telah ku lakukan untuk negara? Selalu diungkitkan kata kata hikmat, “ memberi lebih baik dari menerima”. Apabila aku fikir kembali, sebetulnya aku tidak memberi yang terbaik untuk negara dan bangsa aku sendiri. Aku sering terlupa Mengapa aku hidup atas dunia yang fana ini, kalau tidak kerana sujud dan beribadah kepada Allah. Apa lagi yang hendak dilakukan. Sering kali manusia lupa tujuan hidup di atas dunia ini. Duit dan pangkat diutamakan sehingga lupa tanggunjawab terhadap agama dan bangsa. Kadang kala aku terfikir tiada guna aku cari wang sebanyak mana, jikalau hidup ini tidak beribadah kepada Allah. Dunia tempat kita mencari rezeki yang halal dan landasan untukkita menuju ke akhirat.
Semangat aku lemah bila aku dihimpit cabaran dunia. Sifat mazmumah bongkak , hasad dengki akan mengheret kita ke mahkamah akhirat. Muhammad Zufar bin Abdul Razak, bolehkah kamu menggoncang dunia dengan mencurahkan ilmu yang bermanfaat untuk kemajuan bangsa sendiri. Ayuh bangkit Zufar, jangan hanya pada nama terletak Islam, harus disemaikan nilai-nilai murni keislaman dalam diri sejajar dengan arus dimensi dunia. jawapan setiap persoalan aku telah jumpai, tapi sayang, tiada tindakan dan semangat dalam diri ini. Di mana semangat itu, di mana aku harus carikan. Aku takut lalai dengan keseronokkan dunia sehingga lupa Islam tertera pada sanubari hatiku. HIDUP, HIDUP, HIDUP. Titis air mata aku ketika memikirkan cabaran pada hadapan. Bolehkah aku mengharunginya?
::kecekalan dalam menempuh cabaran adalah sifat yang dicari-cari dalam diri penulis.