Semangat untuk berniaga
by Unknown
Rasulullah pernah menyebut bahawa 9/10 rezeki manusia datang dari kaedah perniagaan. Alangkah ruginya jika manusia tidak mengambil peluang sebegini. Di entri kali ini, aku ingin berkongsi pengalaman aku dalam berniaga. Pada tahun 2009, iaitu 4 tahun lepas diriku mulai berkecimpung dalam perniagaan internet. Aku menjual barang digital dalam pasaran antarabangsa. Persoalannya, bagaimana aku menjual dan di mana produknya? Sebenarnya aku hanyalah agen yang menjual barang syarikat dan menerima komisyen bila produk dapat dijual. Bunyi mungkin agak mudah tapi hakikatnya pelbagai ilmu perlu dipelajari dari hari ke hari. Walaupun digelar amatur dalam bidang ini, aku sudah memperoleh kejayaan walaupun sedikit. Selepas itu, tidak ada lagi usaha dalam diriku untuk menimba ilmu dalam perniagaan internet.
Aku lebih suka melakukan sesuatu kerja dalam keadaan tertekan kerana menurut penceramah terkenal, Dr HM tuah bahawa kita harus mewujudkan tekanan dalam diri untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Aku sedar aku tidak dapat beristiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Jika tiada tekanan, bermakna tiada lagi usaha untuk berjaya. Ya Allah, aku mohon kepadaMu berikanlah kepadaku kekuatan untuk melakukan sesuatu kerja secara istiqamah. Lemah semangat untuk aku mulai kembali bergiat aktif dalam bidang perniagaan. Aku tidak dapat mencipta tekanan untuk membuat lonjakan aktif dalam perniagaan.
AFFILIATE ::
Affiliate ialah seorang agen yang menjual produk orang lain untuk mendapat komisyen. Komisyen akan diberikan jika produk telah dapat dijual. Pada akhir tahun 2012, iaitu Disember 2012 aku telah mencari peluang menjadi agen syarikat P1 wimax. Terima kasih kepada rakan saya iaitu Syuha Basri yang memberi peluang kepadaku untuk menjadi agen di syarikut tersebut. Ketika itu, tekanan yang ku terima ialah masa dan wang. Masa sebagai seorang remaja tidak bermakna jika aku tidak melakukan sesuatu untuk mencari rezeki yang halal. Pengalaman menjadi agen P1wimax mengajar aku erti perniagaan yang sebenar. Kemahiran komunikasi perlu dikuasai untuk menyakini pembeli membeli produk kita. Awal-awalnya aku agak malu untuk menjual kerana tiada kepakaran dalam menjual produk fizikal. Setelah dua minggu menjadi agen, aku masih belum dapat menjual produk syarikat. Hibanya rasa di hati kerana belum membuat sebarang keuntungan sedangkan aku telah bersusaha sedaya upaya. Tetapi Allah telah membuka rezeki kepadaku, aku dapat menjual hampir 40 modem dalam masa 2 minggu. Itu merupakan satu kejayaan yang amat cemerlang yang menjadi coretan yang tidak dapat aku lupakan. Aku masih ingat, ketika itu aku amat kesempitan wang. Setiap hari aku akan membawa bekal nasi goreng dari rumah kerana waktu jam berkerja ialah selama 10 jam. Aku cuba berlagak ceria untuk menyembunyikan kesedihan dalam diri. Sebak rasanya mengenang kembali waktu itu.
Pelbagai ragam pelanggan yang telah ku temi, ada yang marah, ketidakpuashatian, dan sebagainya. Tetapi aku tetap sabar menghadapi semua itu kerana berpegang kepada prinsip “Costomer always right”. Di situlah aku dapat melihat bagaimana agen profesional lain menjual produk dengan mudah. Bagi diriku, kita harus yakin, serius dan tekun untuk berjaya dalam perniagaa yang diceburi. Waktu untuk aku melepak bersama rakan-rakan amat terhad kerana akauntabiliti terhadap kerja. Alhamdulillah, Allah membuka pintu rezeki kepadaku mengaut keuntungan. Walaupun rezeki yang diberi tidaklah sebesar rumah banglo, tapi telah melaith diriku menjadi agen yang profesional. Kemahiran yang ku pelajari ini sedikit sebanyak membantu aku menceburi bidang berkaitan dengan “marketing”. Kesusahan yang telah tempuh selama sebulan berkerja akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Bayangkan, pada semester 7 aku tidak meminta wang dari ayah dan bondaku dan membuatkan mereka pelik dengan sikap sebegitu. Aku hidup mewah dengan wang tersebut dan mencapai segala keinginan yang ada. Aku tidak akan berdiam diri sekiranya tidak dapat memuaskan nafsu. Aku sedar, waktu senang membuatkan diriku terus hanyut dibuai dosa. Aku takut jika aku mempunyai wang yang banyak kerana aku yakin aku tidak dapat mengurusnya dengan sempurna dan melabur ke arah kemaksiatan.
Ada ketika aku mendengar ceramah dari corong radio yang mengatakan Allah memberi rezeki kepada hamba-hambanya atas tanggungjawab yang dipikul. Memang tidak hairanlah jika masyarakat megatakan bahawa anak-anak itu pembawa rezeki kepada keluarga. Siapa yang tidak mahukan kekayaan? Jawapannya ada dalam diri setiap insan manusia. Tapi bagaimana kita hendak menjadi kaya-raya mengikut acuan islam? Besar dimensi yang harus dipersoalkan sebelum berangan menjadi kaya. Kita melihat orang kaya yang hidup senang lenang, rumah besar, kereta mewah, malahan mempunyai orang gaji yang ramai. Pernahkah kita terfikir kesusahan yang mereka tempuhi sebelum kejayaan hadir dalam hidup mereka? Bagi orang yang mempunyai sifat mazmumah, mereka sentiasa mencemuh orang lain tanpa melakukan sebarang usaha untuk mencapai kejayaan seperti mereka.
“kepahitan adalah adalah resepi kepada kejayaan”
Satu nikmat bagi seseorang insan merasai manis selepas berpuluh-puluh tahun berada dalam kepahitan. Aku cuba mewujudkan tekanan dalam diri untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Pada kali ini aku harap , aku dapat melakukan sesuatu untuk meneroka dalam perniagaan internet. Ku akui sukar untuk bertapak dalam bidang ini, tapi aku terpaksa dan tekanan inilah yang memaksa aku untuk melakukan sesuatu. Aku perlu bermula dari bawah dan mendaki gunung yang curam bagi menggapai bendera kemenangan. Aku harus meletakkan matlamat dan bertindak secara pantas dan agresif. Aku sudah sedia dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat ini. Adakah aku boleh melakukannya? Jeritan batinku tidak dapat didengari oleh insan lain. Mindaku mula resah memikirkan rancangan yang patut dibuat. Seorang yang matang harus berfikir dengan meletakkan objektif dan perancangan masa depan. Keputusan yang dibuat harus mengambil kira semua pihak agar tiada pihak yang tersinggung. Perancangan pada minggu ini, aku akan tetapkan objektif yang patut aku lakukan dan bertindak secara agresif. Ingat Muhammad Zufar bin Abdul Razak, jangan sesekali lengahkan masa yang ada. Masa tidak akan kembali dan menunggumu, tetapi jika dapat digunakan dengan sebaiknya, ia akan memberi sesuatu yang lebih bernilai dari emas. Waktu untuk aku berehat sudah tamat. Semangat harus aku semarakkan lagi dan aku yakin Allah sentiasa bersamaku. Ya Allah, berikanlah aku semangat untuk membuat perniagaan ini, kau permudahkan jalan yang ku tempuh.