2013

by

Alhamdulillah, aku diberi kesempatan lagi untuk bernafas di bumiMu ini Ya Allah. Sentiasa terbuku dalam hati kecilku, matlamat kehidupan yang seringkali dilihat tidak jelas memaksa aku memikirkan sesuatu yang tak logik dek akal. Aku yakin, semua manusia mempunyai harapan dan doa yang seiring dalam kehidupan mereka. Sepertimana telah ku huraikan dalam coretan sebelum ini, beberapa tindakan telah ku lakukan demi mencapai beberapa objektif yang ditetapkan, Ku iringkan doa dan usaha sejajar dengan pendirian diriku sebagai seorang mukmin sejati. Bila disebut tahun baru, ramai orang mula meletakkan matlamat baru untuk berjaya. Moto tahun baru seperti " Aku ingin berjaya dunia dan akhirat", "aku ingin menjadi seorang suami/isteri yang baik dan penyayang, "aku ingin menjadi lelaki yang digilai ramai wanita". jarang sekali didengari "AKU INGIN MENJADI HAMBA YANG TAAT PADA ALLAH DAN  MENEGAKKAN YANG MAKRUF SERTA BERPALING PADA PERBUATAN YANG MUNGKAR".

Abdul razak bin Lope Abdul Rani,
Nama di atas mungkin asing bagi rakyat Malaysia bahkan dunia tidak mengetahui kewujudan insan yang bernama Abdul Razak. beliau dilahirkan di Ipoh Perak pada 16 Mei 1957. Menjadi seorang usahawan sejak dari usia muda memaksa beliau cukup memahami onak duri ranjau kehidupan. Ketabahan diri beliau memberi seribu inspirasi dalam kehidupanku. Mengapakah beliau menjadi sumber inspirasiku? telah dinoktahkan dalam takdir yang maha esa, Abdul Razak ialah bapa kepada Muhammad Zufar. Tidaklah nasihat yang diberi beliau seringkali menjurus kepada amal ibadah dan sifat mahmudah. penekanan sifat mahmudah ini sebenarnya penting dalam kehidupan seharian kerana "ceritera si kaya yang tamak akhirnya tersungkur dek ketentuan Allah" membuatkan diriku mengingat kembali kepada kuasa Tuhan. Tidak layak untuk diri seorang manusia untuk mempunyai sifat bangga diri, sombong, tamak kerana semua sifat itu ialah sifat Allah S.W.T. Beliau amatlah berang jika anaknya tidak atau lambat menunaikan solat 5 waktu sehari semalam.bersyukur kepada Allah, aku dikurniakan bapa yang memberatkan soal agama. Selepas aku tamat ijazah dalam bidang perguruan, matlamat aku hanyalah untuk bersama keluarga yang tercinta. ingin ku taburkan segala kasih sayang yang tidak dapat ku beri selama ini. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepadaku untuk berbuat demikian. walaupun aku tidak diberi rezeki oleh Allah dalam bidang perniagaan, tetapi rezeki yang lain diberi olehNya tanpa ku sedari. betullah apa yang dicoretkan oleh seorang ustaz dalam sebuah buku agama dan pedoman bahawa, Allah menyayangi hamba-hamba melebihi murkaNya serta mengetahui apa yang terbaik untuk mereka. sedangkan kita melihat ramai yang tidak pernah memikirkan kepentingan instituisi keluarga, tetapi memikirkan duit adalah segalanya. tidak dinafikan  duit sememangnya penting dan Tuhan sentiasa menyuruh hamba-hambanya berkerja keras untuk mencari rezeki yang halal. alangkah sedihnya hati ini jika rezeki yang diperoleh itu dari sumber yang haram. Ya Allah, Jauhkanlah diriku dari sumber rezeki yang haram, biarlah ku miskin, jangalah isi dalam perutku dari makanan yang haram.


Doa, Usaha, Tawakal :

ketiga-tiga perkataan ini ku pegang dalam diriku untuk setiap perkara yang ku jalankan seharian. kadang-kala aku terikir, usaha dah dilakukan, tapi belum nampak hasilnya, MAN JADDA WAJADA bermaksud siapa yang berusaha pasti akan berjaya. jika tidak berjaya, adakah kita akan menyalahkan Allah? itulah kepentingan tawakal selepas usaha, berserah kepada Allah bagi setiap perkaram jika perkara yang kita lakukan semua kerana Allah, pastinya hasil akan dilihat di akhirat kelak. Insyaallah. motivasi dalam menjayakan setiap langkah-langkah seharian diriku memberi aku seribu juta pengalaman untuk menghadapi dugaan pada masa hadapan.  aku amat berharap sekali jika , tahun ini, aku dapat menyempurnakan semua keinginan dan menggapao kehidupan yang bahgia di dunia dan akhirat. aku sedar, usaha yang dilakukan belum cukup untuk aku puas kerana, orang yang berjaya tidak pernah merasa puas dalam berusaha. Hanya orang yang malas, selalu merasa puas dan redha dengan takdir Allah sedangkan Allah menyuruh hamba-hambya berusaha hingga berjaya mengikut acuan yang telah ditetapkan islam. Di manakah usaha orang melayu? membanggakan ketuanan melayu sedangkan diri mudah ditusuk nafsu, menjadi hamba di tanah sendiri sehingga dilabel kaum yang malas.

Apa yang kamu ingini pada tahun 2013?.
jawapan ini berlainan bagi setiap insan di bumi Allah ini. sama-sama kita meletakkan satu harapan dan cita-cita yang tidak lari dari landasan syariat islam sebenar. jagalah akhlak dan perpaduan sesama islam, jangalah sehingga mengikut nafsu sampai terbecah belah agama dan bangsa. jujur aku katakan, aku ingin sangat meilhat dunia islam bersatu padu, menggapai kegemilangan seperti dahulu. tetapi semuanya ketentuan Allah? Allah dah aturkan semua ini berlaku pada masanya, tapi perlukah kita REDHA? yang mana baik semuanya dari Allah , dan yang buruk datangnya juga dari Allah. mengapa aku berkata demikian? sebab

BANGUN, BANGUN BANGUN BANGSAKU !

:: jadikan agama panduan hidup, utamakan keluarga, berikan yang terbaik untuk masyarakat.