Arah Tuju Seorang Mukmin Sejati

by

seorang mukmin seharusnya taat pada suruhan Allah dan menjauhi larangannya, bukan menjadi seorang muslim yang hanya terletak "islam" pada kad pengenalan. "TIME IS MONEY", pernahkah kalian mendengar ayat tersebut? itulah kata-kata seorang  "businessman" yang hebat dan terkenal di seluruh dunia, iaitu Donald Trump. beliau seorang ahli perniagaan yang amat aku kagumi sekali. kejayaan yang dimiliki cukup memberi kita semangat untuk berjaya seperti beliau. walaupun beliau bukanlah seorang muslim, tetapi seharusnya kita perlu mencontohi kegigihan yang telah ditonjolkan untuk berjaya dalam setiap sektor yang diceburui. ku akui, sememangnya manusia lemah dengan duit. duit adalah penentu segalanya sehingga melupakan pencipta kita sendiri. agama menyarankan kita supaya berusaha untuk mencari rezeki di bumi Allah mengikut laluan yang halal. dunia seakan-akan tidak kenal erti belas kasihan, manusia akan dihina jika tidak mempunyai wang, apabila semua ini terjadi, manusia akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan, janganlah sehingga menggadaikan maruah bangsa, meletakkan agama di tempat yang rendah dan menjadi muslim yang tidak tahu objektif sebenarnya hidup di atas muka bumi Allah ini. Melayu terus dihimpit masalah kemiskinan dan permasalahan sosial yang amat mengecewakan sekali. 

Wahai Melayu, di manakah maruah bangsamu, di manakah maruah ketuanan melayu, dan di manakah akalmu yang tidak dapat mengawal nafsu dengan baik. sering kita diingati supaya sentiasa bermuhasabah diri mencari kesilapan dan memperbetulkan keadaan. Manusia tidak akan lari dari kesilapan, malahan itu wajib dilalui oleh setiap insan tidak kira perdana menteri, ustaz, atau direktor-direktor di syarikat besar. terdengar satu cerita sedih mengenai seorang arjuna malaya. segala apa yang dilakukannya tidak mencapat matlamat yang diinginkan, termasuklah soal wang, wanita, dan masyarakat. arjuna ini sebenarnya seorang yang kuat menghadapi cabaran, tapi kadangkala tersungkur sehingga sukar untuk bangun semula. setiap detik waktu ditangisi menyangkakan tiada lagi matlamat yang perlu diletakkan, hanyalah redha penentu kehidupan. perkara ini terjadi disebabkan kerana tiada kesungguhan dalam diri arjuna tersebut. angan-angan mat jenin dipasang dalam kamar minda membuatkan bibir tersenyum tanpa kata. inikah melayu sebenar? mudah rebah di pintu kejayaan dan meredhai setiap kegagalan. aku mengajak kalian berfikir mengenai cerita arjuna tersebut dan meliaht semula dalam diri. tiada kejayaan jika tidak menghadapi kegagalan. jadilah seperti pokok epal, mengeluarkan buah walaupun dibaling batu. sebagai rakyat Malaysia yang bersatu padu, toleransi dan sopan santuh perlu digarapkan untuk menjamin kesejahteraan negara. pasti kalian yakin denganku yang melayu hanya dihormati kerana adab sopan santun , dan berbudi perkerti mulia. tidak pernah lagi kudengari yang ada insan mengatakan kaum melayu ini rajin dan bijak berniaga. dilabel sebagai kaum "subsidi" membuatkan diriku merasa amat terkilan serta lemah semangat untuk memajukan bangsa sendiri. sudahlah miskin, teruk pula budi bahasa. bukanlah ku ingin mengeluarkan kata-kata demikian, tetapi inilah hakikatnya yang terjadi dalam masyarakat melayu. 

sentiasa berpegang pada kata-kata "MAN JADDA WAJADA" dalam usaha untuk membuat perubahan dalam hidup. sampai bilakah kita hendak berada pada takuk yang lama, menjadi bagnsa yang tidak dihormati di seantero dunia. 

::penulis juga seorang bangsa melayu yang cintakan maruah bangsa dan agama. bersama-samalah kita menuntut perubahan bangsa, menjadi gah di pentas global dengan segala keberkatan dan rahmat dari Allah Yang Maha Esa"