Mencipta Tekanan Untuk Menggapai Kejayaan

by

Kenapa harus ada tekanan?
Adakah tekanan baik untuk kehidupan kita?
Bagaimanakah mencipta tekanan yang baik untuk diri serta menghalang perkara negatif dalam diri?
Siapakah diri  kita dalam  menghadapi tekanan yang baik dan buruk?

Beberapa persoalan harus dijawab dalam usaha untuk membina peribadi yang unggul dalam diri. tatkala ramai ahli profesional menganggap tekanan sebenarnya tidak baik dalam diri, tetapi bagi diriku, ia sebaliknya. dalam menjawab beberapa persoalan di atas, beberapa kajian dari pengalaman yang lalu aku garapkan untuk menghuraikan apakah tekanan yang sebenarnya ingin kita inginkan. tidak semua hari-hari ygn kita lalui mempunyai saat manis untuk dicoret dalam diari hidup. ada suka dan duka menghiasi ruang jiwa ini. ternyata hidup ini dijadikan berpasangan, suka duka, suami isteri, dibenci dan disukai, berjaya atau gagal, dan sebagainya. semua orang ingin kaya dan berjaya, tapi apakah tindakan yang dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut? sukar dinilai pencapaian yang diperoleh tanpa usaha yang gigih, inspirasi diri harus kuat untuk menghadapi tekanan dari pelbagai sudut kehidupan.

 Kenapa harus ada usaha yang gigih untuk berjaya? mungkin ada sesetengah orang islam menganggap berdoa adalah jalan terbaik untuk berjaya tanpa ada usaha yang gigih. aku akui, aku tidak mampu menghadapi tekanan dalam diri ini. terjerat aku di perangkap samar yang sememangya telah ku tahu di mana letaknya, apakah mampu tubuh kecilku ini melawan segala tekanan yang ada?.tekanan sebenarnya bertujuan untuk menyakitkan kita, bukan untuk menghiburkan hati yang telah lara ini. tekanan itu wujud dalam pelbagai aspek kehidupan tidak kira pangkat atau darjat yang dimiliki manusia. orang miskin sering mendakwa golongan bangsawan tidak memiliki masalah atau tekanan untuk dihadapi, sedangkan persepsi sedemikian sebenarnya salah di sisi hukum hakam dunia. kenalkah anda pada Datuk Fadzilah Kamsah, dr hm tuah iskandar, atau dr azizan?. nama yang ku sebut sebentar tadi ialah pakar-pakar motivasi di Malaysia. aku sebenarnya dah muak dengan semua omongan motivasi tidak kira motivasi berkisarkan minda, pendidikan, atau sosial. semangat hanya wujud pada awal pusingan, tapi sebaliknya jika menghadapi tekanan, sikap mengalah dan Redha terus keluar dari jiwa setiap insan. tidaklah ku katakan pada insan lain, tetapi ini memang terjadi dalam diriku. jika menghadapi masalah , walaupun masalah itu hanya sebesar zarah helium, meruntun terus jiwa untuk berpasrah pada keadaan. kenapa ini berlaku? sedangkan aku sudah mempunyai ilmu motivasi yang cukup banyak. semuanya bergantung pada pengawalan minda dan emosi seseorang. kadang-kala aku terdiam seketika memikirkan tekanan yang telah kuhadapi dalam kehidupan. semuanya aku tangani dengan jalan yang negatif. jikalau hanya si manis yang dirasai, di manakah harus aku letakkan tempat untuk si pahit memencil diri.hampir kesemua laman web yang ku lihat, semuanya mengatakan tekanan itu sebenarnya amatlah teruk, sukar, dan perit untuk dirasai. tidak ada yang mengatakan tekanan itu sebenarnya baik untuk diri. mengapa aku berkata sedemikian rupa? 

ingin aku tegaskan, 

TEKANAN sebenarnya memang baik untuk kehidupan kita. andaikan seorang pengurus di syarikat besar tidak menghadapi tekanan semasa kerja. dengan yakinnya pengurus itu akan melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tidak bersemangat. seterunya memberi impak yang negatif pada perusahaan sesebuah syarikat. andaikan lagi jika seorang arjuna hendak memiliki seorang wanita cantik serta solehah, dengan semena-mena tekanan itu wujud dan secara automatik minda akan memikirkan jalan terbaik untuk menggoda seorang wanita cantik dan solehah. aku yakin jika tekanan yang kita hadapi itu bersifat negatif, maka manusia akan mudah mengalami stress, sakit, mudah marah, dan sebagainya. cara yang terbaik untuk menghadapi tekanan itu ialah dengan mengingat kepada Allah kerana semua itu datang darinya. pastinya suram perjalanan kehidupan, jika tekanan tidak dapat ditangani dengan penyelesaian yang berkesan, hatta si ustaz warak pun akan tergelincir imannya jika tidak dapat mengawal nafsu yang ada. setiap hari kau cuba cipta tekanan yang postif untuk maju, tetapi apabila aku fikirkan tentang kehidupan yang singkat ini, takkan aku sengaja cipta tekanan sehingga merosakkan kesihatan.? .biarlah aku hidup seperti biasa tanpa ada perubahan dalam diri sedangkan Tuhan telah berfirman bahwa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan usaha kaum tersebut untuk berjaya. mengapa demikian rupa berlaku? walhal Allah boleh mengubah sesuatu mengikut keinginannay sendiri. kadang kala persoalan yang timbul ini memaksa aku mencari jawapan yang sebenar. aku tahu persoalan ini sebenarnya dari Allah untuk mengkaji ilmu mengenal Allah dengan lebih mendalam tatkala ramai anak muda rebah dek keasyikkan dunia. syurga dunia menjadi matlamat utama sehingga menghalalkan apa yang haram. siapaaah aku untuk menghukum orang yang jahat, atau yang berbuat dosa sedangkan itu kuasa Allah. aku sebanrnya tidak bersetuju dengan beberapa pimpinan PAS yang menghukum orang sesuka hati, tambahan pula sesama agama dan bangsa. Siapakah kalian semua untuk mengetahui orang itu akan masuk neraka?Adakah pasti kalian adalah penghuni syurga Allah? bukanlah aku pro UMNO atau BN, tapi aku hanya meluahkan pendapat au secara literal dan analitikal. memang benar apa yang jahat itu berdosa, apa yang baik itu syurga. ilmu dalam diri cukup hina untuk menghukum orang sesuka hati.. biarlah Allah tentukan segalanya, cuma peranan kita ialah untuk menegakka yang makruf dan menafikan yang batil. bukan menghukum manusia mengikut hawa nafsu sendiri. mungkin pernah didengari seorang pelacur yang memberi anjing minum ketika anjing itu dahaga. akhirnya wanita itu masuk syurga selepasmelakukan taubat nasuha. itulah yang terbaik, bersikap sederhana dalam agama dan tidak fanatik seperti wahhabi yang terang-terang amat radikal sekali. aku tidak mengatakan mereka itu akan masuk neraka, tidak sama sekali. hanya ku pohon padamu Ya Allah, kau bukakanlah hati mereka yang terlalu ekstrim dalam agama, menyetapadukan orang islam dari pebagai mazhab supaya barat gerun dengan kekuatan islam. itulah yang kita inginkan.

   :: PERBEZAAN PENDAPAT ITU RAHMAT, PERPECAHAN UMAT IALAH KECELAKAAN::

bila kita ingat kembali pada rendah dan hina kita ini atas bumi Allah. manusia kadangkala asyik dengan perjalanan dunia sehingga memaksa nafsu mengambil tempat akal dalam kehidupan.dalam soal cinta sesama manusia, puas aku melupakan cinta lama yang telah terkubur sekian lama. tiada gunanya diri ini hampa dengan cinta sesama manusia sedangkan, diri ini amatlah jauh dengan Allah azzawajalla. kesilapan terus ku lakukan dalam kehidupan, walhal pengajaran itu tidak diambil untuk membina jati diri yang gemilang.
biarlah tekanan yang diwujudkan itu baik untuk diri, keluarga, dan masyarakat, janganlah tekanan itu mengawal diri melakukan perkara yang mungkar. nauzubillahhiminzalik. minda harus bijak mengawal, bukan nafsu menjadi raja dalam membuat sebarang keputusan. 

di bawah aku sertakan doa bagi kalian yang menghadapi tekanan dalam kehidupan, harap membantu kalian dan yakin pada kuasa Allah. 

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.


:: orang yang paling cerdik bukanlah arkitek ataupun doktor, tetapi orang yang sentiasa mengingati azab kubur dan kematian ::